Sunday, January 29, 2012

DEBAT PERDANA MENTERI

Ketika artikel ini ditulis, YAB PM sedang di cabar untuk berdebat. Kemudian beliau tidak langsung memberi ulasan atau tindakbalas. Lanjutan sikap berdiam diri itu pula, yg mengajak debat mengatakan bhw YAB PM takut kononnya.

Teruskan sahaja bekerja wahai YAB PM seperti sedia ada. Jangan di layan orang yang GILA KUASA. Sudah banyak kesan positif yang rakyat terima dari hasil usaha keras YAB. Berbanding dengan Pembangkang. Bising menyalak mengutuk sahaja yang mereka tahu. BEKERJA MENCARI IDEA TIADA. MEMBANGUNKAN NEGERI YANG MEREKA TADBIR pun TUNGGANG LANGGANG. Isu SAMPAH pun tak tahu nak selesaikan. PERJUANGAN MENEGAKKAN AKIDAH ISLAM PULA DIHALANG OLEH PARTI YANG MENGAKU ISLAM.

Pembangkang sudah TIADA MODAL DAN IDEA KEMAJUAN. Cakap sahaja pandai. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, January 25, 2012

Salah Satu Cara kukuhkan sokongan rakyat pada kerajaan. SINGKIRKAN KAKI MENGAMPU YANG TIADA SUMBANGAN

Jika dilihat inisiatif DS PM ketika ini adalah untuk meningkatkan produktiviti negara. Objektif ini mahu dicapai melalui berbagai cara termasuk mendidik masyarakat supaya menerapkan amalan inovatif.

Persoalannya adakah semua ini mampu dicapai sekiranya yang memegang jawatan utama (Menteri dan ketua jabatan kerajaan) terdiri daripada kaki ampu dan bodek semata-mata. Tanpa mengambil kira kepakaran dan "track record" seseorang individu tersebut yang relevan dengan jawatan yang dipegang. Tidak perlu menyebut nama individu tertentu. Perkara ini sudah dikira lazim dalam negara kita. Bukan semua tetapi yang sedikit inilah yang menjadi barah merosakkan keseluruhan institusi sebenarnya.

Sudah berapa banyak wang negara yang telah dibazirkan hanya kerana sesebuah institusi itu telah ditadbir secara semborono oleh individu yang tidak sesuai ditempatnya?.

Individu pengampu yang memegang jawatan utama kerajaan ini jugalah yang secara halus dan politik kotor telah "membunuh" kerjaya pesaingnya yang lebih berpengetahuan dengan cara halus. Akhirnya negara kerugian pula tenaga mahir yang pada satu tahap menyembunyikan kepakaran mereka kerana takut "dibunuh" kerjaya mereka sekali lagi. Senario ini lazim dilihat.

Atas senario beginilah ramai tenaga mahir dan pakar serta kreatif dalam bidang tertentu lebih suka berkhidmat di luar negara yang lebih menghargai kebolehan mereka. Termasuk memperolehi pendapatan yang berlipat ganda lumayannya.

Impian YAB PM untuk menambaik perkhidmatan kerajaan sangat mulia dan berobjektif. Cuma persoalannya adakah ia dapat dicapai dengan cepat kerana ketika ini bukan sedikit kaki pengampu yang tiada kebolehan relevan memegang tampuk utama sektor kerajaan.

Satu ujian mudah. Berapa keratkah pemegang tampuk utama sektor awam Gred 48 (pengarah) ke atas yang mampu menulis (artikel, buku, blog) dalam bidang ruang tugas mereka (tanpa mengarahkan orang bawahan melakukan untuk mereka) Atau lebih mudah lagi menulis kertas kerja sendiri yang mempunyai "direction" jelas? Nama pun pengarah. Jika YB PM mengarahkan satu ujian khas dilakukan agak-agak berapa orangkah yang lulus?. PTD yang di puncak singgahsana pun belum tentu boleh menulis berkenaan perkara yang relevan dengan tugas semasa.

Jika trend menaikkan pangkat kaki pengampu diteruskan, 1.4 bilion penjawat awam digunakan pun belum tentu mampu membawa Malaysia menjadi negara maju.

Jika individu tepat menerajui sektor awam. Objektif betul dapat dicapai ( bukan dengan cara menipu data). Kos yang digunakan adalah yang paling minima dengan produktiviti berkualiti dan berkuantiti tinggi mampu diperolehi.

Mudah-mudahan YAB PM dapat mulakan budaya campak jauh-jauh kaki pengampu yang tiada kebolehan ke tempat sewajarnya. Kemudian meletakkan orang yang sewajarnya di tempat yang tepat. Selepas itu orang bawahan pasti akan mula ikut budaya ini. Institusi kerajaan berjaya. Parti yang memegang tampuk kuasa terus berjaya. Negara maju rakyat sentosa. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, January 23, 2012

PKR DAP PAS Tiada kredibiliti mentadbir negara

Cuba kita lihat dan kaji isu yang dibangkitkan oleh pembangkang selama ini. Tidak terlihat langsung kepada kita idea-idea baru yang lebih baik untuk rakyat jelata. Mereka lebih banyak dan hanya gemar mencari isu sensasi semata-mata. Mungkin ada sebahagiannya benar. SEBAHAGIAN BESAR pula hanya fitnah dan tuduhan tanpa bukti sahaja.

Kalau idea yang diutarakan pula bukannya lebih baik. Malahan boleh menjadikan negara Malaysia kucar-kacir. Contohnya fahaman plurisme, meritokrasi tak bertempat, sistem republik?, menghilangkan hak istimewa orang melayu dan banyak lagi.

Walaupun mereka TIDAK MENYATAKAN dengan secara terbuka tetapi daripada tindakan dan kenyataan mereka selama ini menunjukkan niat mereka yang sebenarnya. Jelas sekali mereka cuba BERSELINDUNG dengan berbagai alasan tetapi hakikat sebenarnya agak mudah di baca.

Yang mereka mahukan sebenarnya hanya untuk keuntungan pihak tertentu semata-mata bukannya rakyat keseluruhannya. Pembangkang TIADA KREDIBILITI untuk mentadbir negara. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Saturday, January 21, 2012

Kebenaran, Pembohongan dan Fitnah

Zaman ini semua menuduh satu sama lain bohong fitnah dan sebagainya. Bagaimana kita nak tahu kebenaran sesuatu kenyataan atau tuduhan?. Kata-kata shj tak boleh dipercayai kerana manusia boleh menipu (walau pun imejnya alim). Bukti pula boleh direka-reka. Sebenarnya tanda-tanda kebenaran itu ada. Seseorang boleh menafikan atau sembunyikan sesuatu. Tetapi tanda-tanda melalui tingkah laku dan tindakannya kita boleh tahu apakah sebenarnya sikap seseorang itu. Bukan prasangka, tetapi ada masanya sesuatu tuduhan itu mungkin juga benar. Kita nilai dan fikir sendiri!!. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Siapa nak mengaku buat perkara jahat?

Sejahat mana seorang manusia pun tak akan mengaku kejahatan sendiri. Jika ada yg nak mengaku buat salah hanya 1 dalam sejuta shj. Tambahan pula jenis tg pandai manipulasi dapatkan sokongan. Ada ilmu pidato pula. Mmg boleh sembunyikan kejahatan sendirilah. Yang terpengaruh dgn kata katanya sahaja yg sanggup jadi kaldai. Anda bagaimana?. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Bukti Penipuan PAS @ pembangkang

Memang puak pembangkang cakap tak serupa bikin. Menuduh kerajaan macam-macam. Tetapi sendiri pun hancus pentadbirannya. Bagaimana mahu memerintah negara?...

Contoh penipuan...
www.hhalem.blogspot.com/2012/01/koleksi-auta-dan-penipuan-pas-selama.html BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Undang-undang liwat lapuk?

Jika undang-undang liwat boleh disalahgunakan. Undang-undang lain pun sama juga. Adakah semua undang undang perlu dimansuhkan?.

Rakyat perlu fikir dgn bijak menilai. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop