Wednesday, January 25, 2012

Salah Satu Cara kukuhkan sokongan rakyat pada kerajaan. SINGKIRKAN KAKI MENGAMPU YANG TIADA SUMBANGAN

Jika dilihat inisiatif DS PM ketika ini adalah untuk meningkatkan produktiviti negara. Objektif ini mahu dicapai melalui berbagai cara termasuk mendidik masyarakat supaya menerapkan amalan inovatif.

Persoalannya adakah semua ini mampu dicapai sekiranya yang memegang jawatan utama (Menteri dan ketua jabatan kerajaan) terdiri daripada kaki ampu dan bodek semata-mata. Tanpa mengambil kira kepakaran dan "track record" seseorang individu tersebut yang relevan dengan jawatan yang dipegang. Tidak perlu menyebut nama individu tertentu. Perkara ini sudah dikira lazim dalam negara kita. Bukan semua tetapi yang sedikit inilah yang menjadi barah merosakkan keseluruhan institusi sebenarnya.

Sudah berapa banyak wang negara yang telah dibazirkan hanya kerana sesebuah institusi itu telah ditadbir secara semborono oleh individu yang tidak sesuai ditempatnya?.

Individu pengampu yang memegang jawatan utama kerajaan ini jugalah yang secara halus dan politik kotor telah "membunuh" kerjaya pesaingnya yang lebih berpengetahuan dengan cara halus. Akhirnya negara kerugian pula tenaga mahir yang pada satu tahap menyembunyikan kepakaran mereka kerana takut "dibunuh" kerjaya mereka sekali lagi. Senario ini lazim dilihat.

Atas senario beginilah ramai tenaga mahir dan pakar serta kreatif dalam bidang tertentu lebih suka berkhidmat di luar negara yang lebih menghargai kebolehan mereka. Termasuk memperolehi pendapatan yang berlipat ganda lumayannya.

Impian YAB PM untuk menambaik perkhidmatan kerajaan sangat mulia dan berobjektif. Cuma persoalannya adakah ia dapat dicapai dengan cepat kerana ketika ini bukan sedikit kaki pengampu yang tiada kebolehan relevan memegang tampuk utama sektor kerajaan.

Satu ujian mudah. Berapa keratkah pemegang tampuk utama sektor awam Gred 48 (pengarah) ke atas yang mampu menulis (artikel, buku, blog) dalam bidang ruang tugas mereka (tanpa mengarahkan orang bawahan melakukan untuk mereka) Atau lebih mudah lagi menulis kertas kerja sendiri yang mempunyai "direction" jelas? Nama pun pengarah. Jika YB PM mengarahkan satu ujian khas dilakukan agak-agak berapa orangkah yang lulus?. PTD yang di puncak singgahsana pun belum tentu boleh menulis berkenaan perkara yang relevan dengan tugas semasa.

Jika trend menaikkan pangkat kaki pengampu diteruskan, 1.4 bilion penjawat awam digunakan pun belum tentu mampu membawa Malaysia menjadi negara maju.

Jika individu tepat menerajui sektor awam. Objektif betul dapat dicapai ( bukan dengan cara menipu data). Kos yang digunakan adalah yang paling minima dengan produktiviti berkualiti dan berkuantiti tinggi mampu diperolehi.

Mudah-mudahan YAB PM dapat mulakan budaya campak jauh-jauh kaki pengampu yang tiada kebolehan ke tempat sewajarnya. Kemudian meletakkan orang yang sewajarnya di tempat yang tepat. Selepas itu orang bawahan pasti akan mula ikut budaya ini. Institusi kerajaan berjaya. Parti yang memegang tampuk kuasa terus berjaya. Negara maju rakyat sentosa. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments:

Post a Comment