Saturday, February 25, 2012

TERUKNYA MORAL PEMIMPIN PEMBANGKANG

Pendedahan demi pendedahan telah dilakukan tentang betapa teruknya moral pemimpin pembangkang. Dari chinadoll, peliwat, khalwat dengan isteri orang dan penyokong israel.

Tak tahu nak kata apa dah. Memang tak layak mentadbir negara.

Berpuluh tahun menghentam kerajaan yang dikatakan penuh dengan salah laku. Akhir sekali bukti-bukti sahih menunjukkan pemimpin pembangkang yang sangat jijik salah lakunya. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, February 23, 2012

TAK MUNGKIN PKR (PEMIMPINNYA) MENOLAK DAN TIDAK MENGIKTIRAF ISRAEL SECARA TERBUKA

Jika PKR benar benar mempertahankan Rakyat Palestin. Pasti akan ada kenyataan terbuka yang menolak terus / tidak mengiktiraf Israel. Seterusnya disebarkan ke seluruh dunia. Seperti yang lazim dilakukan oleh PAS.

Sekurang-kurangnya sentiasa mengecam israel secara terbuka.

PKR TAK MUNGKIN AKAN BERANI MELAKUKAN DEMIKIAN. PERCAYALAH. Apa sebabnya?. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, February 22, 2012

Israel, penyangak dan hero

Negara Israel ni macam orang yang rampas rumah orang lain. Lepas tu belasah ahli keluarga rumah tu. Kurung mereka dalam bilik. Catu makanan minuman, perubatan dan pakaian. Bila tuan rumah cuba selamatkan diri. Penyangak ni belasah tuan rumah dan kata dia mengancam keselamatan. Jiran jiran, polis pun dilarang selamatkan.

Bayangkan ... Tiba tiba ada satu hero datang untuk selamatkan dan kata ... rumah ni boleh jadi hak penyangak dengan syarat jangan belasah tuan rumah, tuan rumah tak boleh melawan atau belasah penyangak balik (keselamatan penyangak) dan lepaskan mereka. Hero buat press conference ... sokong usaha jamin keselamatan penyangak dan kata dah tolong tuan rumah.

Apala punya hero macam ni.... tak best langsung... rumah tetap kena rampas!!!!...rupanya penyangak dah kowtim awal awal dgn hero. Ada bahagian katanya... Hehehe BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, February 20, 2012

Strategi terakhir PAKATAN.

Selama ini PAKATAN menggunakan pendekatan MENGHASUT rakyat untuk membenci BN terutama UMNO. Kemuncaknya apabila mereka memenangi beberapa negeri. Strategi ini terus digunakan dengan rakusnya.

Tetapi senario semasa memperlihatkan tembelang PAKATAN yang sebenar. Dapat bantuan dari ISRAEL secara langsung. Cuba melemahkan dan pecahbelah melayu supaya DAP (cina) boleh berkuasa. Pada satu tahap cuba melemahkan agama islam pula melalui berbagai pendekatan halus.

Taktik kotor ini sudah dihidu oleh orang melayu. Kini sudah ada kebangkitan. Kesedaran untuk pertahankan agama islam semakin memuncak. Orang melayu pasti akan bersatu padu di bawah BN. Senario yang amat sangat ditakuti oleh PAKATAN.

Atas faktor ini Mereka tahu mereka pasti kalah pd PRU 13 nanti. Jalan terakhir mereka ketika ini hanyalah dengan menyerang SPR habis habisan. Kononnya SPR menipu undi. Supaya keputusan pilihanraya yang tidak memihak kpd mereka boleh dipertikaikan. Walhal segala undang-undang dan peraturan telah dipatuhi oleh SPR. Betapa jahatnya strategi PAKATAN ini. Lebih kepada kemusnahan negara. Sedaya upaya cuba dapatkan CAMPURTANGAN negara asing.

PAKATAN adalah PETUALANG NEGARA DAN PENYOKONG ISRAEL YANG SEBENARNYA. TOLAK MEREKA!!! BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Cara halus memperlekehkan Bahasa Melayu dan Agama Islam

Strategi bukan islam untuk melemahkan islam termasuk orang melayu dilakukan dengan cara yang amat halus sekali.

Berhati hati bila berdebat dgn bukan islam. Pertama mereka akan guna bahasa inggeris. Kerana mereka memang benci bahasa melayu dan mereka tahu orang melayu ramai yg lemah bahasa inggeris.

Kedua mereka akan guna pendekatan kasih sayang. Kononnya mereka sayangkan orang melayu dan mahu orang melayu berfikiran terbuka dan boleh "ubah" agama islam. Ulama islam juga dikritik kononnnya ramai yang tak betul (tidak guna hukum logik). Oleh itu mereka akan tanam perasaan prasangka terhadap ulama supaya pandangan mereka boleh kita terima.

Ketiga berbagai pendekatan logik akal digunakan untuk menghasut fikiran orang islam supaya menilai kembali agama islam. Jika ada satu hujah yg kita bersetuju... mereka akan gunakan hujah tersebut untuk memesongkan kita.

Keempat mereka akan cuba membuktikan "pluralisme agama". Semua agama sama sahaja katanya. Islam tiada beza dengan agama lain. Semua agama berasal dari satu. Akidah orang islam akan cuba dipesongkan.

Mengapa pendekatan halus pula dipilih??..kerana mereka tahu sudah ramai orang melayu yg terpelajar dan jika mereka dapat memenangi sesuatu perdebatan dengan orang melayu ini, jalan telah dibuka lebih luas untuk jarum hasutan dimasukkan. Jika boleh sehingga hilang akidah.

Akhir sekali senjata perkauman. Mereka juga sangat benci sekiranya orang islam berbincang untuk memperbaiki amalan islam. Jika ada orang islam berbincang tentang agama islam. Mereka akan tuduh kumpulan itu sebagai perkauman. Contoh PERKASA. Hal agama islam dan melayu pun perlu rujuk "kelulusan mereka". Jika tak mahu dilabel sbg rasis katanya. Bila mereka berbincang agama mereka. Orang islam layak lihat sahaja. Tidak boleh masuk campur.

Jelas sekali orang bukan islam tidak boleh menerajui negara. Jadi PM. Alamat hancur agama islam dikerjakannya. Sekarang pun sudah tahu belangnya.

Orang melayu islam perlu bersatu. PAS sepatutnya keluar dari pakatan. Sebaiknya menyertai UMNO sahaja. Dengan itu sahaja agama islam dapat dibela. Bukan seperti sekarang. Bukan islam sangat berani memperspalkan islam, masuk campur hal ehwal islam dan cuba memurtadkan orang islam dengan berbagai cara.

Jika PAS tak mahu bersatu. Pastikan orang melayu bersatu. Bila UMNO kukuh orang melayu kuat dan agama islam teguh. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, February 17, 2012

Selamat tinggal putrajaya!!!...

Nampaknya isu israel ini pasti akan menyebabkan kapal PKR terus karam dan tenggelam (hilang undi melayu). Membawa dan menarik bersama kapal PAS dan DAP (PAKATAN). Tenggelam ke dasar lautan politik Malaysia. Tak sempat sampai ke putrajaya.

Sendiri cari penyakit ikut bontot PKR. Akhirnya PAS pun turut lingkup bersamanya.

DAP tak takut. Sokongan bangsa cina pasti ada. Cuma impian ke putrajaya turut berkubur bersama PAKATAN.

Jika tiada wakil bangsa cina dalam kerajaan yang memerintah. Kerajaan akan di wakili dengan wakil rakyat majoriti melayu dan india. Kepentingan kaum cina pasti terabai dalam tak sedar. Kerana tiada wakil cina yang akan bersuara dalam kabinet dan menteri. Samgatlah ruginya.... BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Hubungan dengan Israel?

Kerajaan BN juga di tuduh ada hubungan dengan israel. Bila diteliti hubungan tersebut dilakukan oleh syarikat antarabangsa yang juga berdagang dengan malaysia. Pembangkang tiada modalkah?.

Berbanding dengan PKR. MENGAKU DENGAN TERUS TERANG MENYOKONG WUJUDNYA NEGARA ISRAEL SERTA MAHU MEMPERTAHANKANNYA. kenyataan tentang palestin memang ada. Tetapi sebagai alasan untuk menyokong israel sahaja.

Israel merampas tanah palestin. Menindas mereka rakyat palestin dengan sangat kejam. Mana mungkin kita boleh iktiraf kewujudan negara israel (seperti PKR). Mereka itu PENCURI DAN PEROMPAK TANAH PALESTIN. Negara israel negara haram!!.

Mengapa PKR tetap dengan pendirian menyokong keselamatan negara israel??..

Pasti ada udang di sebalik batu.... Pemimpin PKR tahu sebabnya...cuma ahli PKR diperingkat bawahan sahaja yang dibutakan dengan keindahan putrajaya. Tak tahu apa-apa. Fikiran telah diracuni denfan kebencian terhadap UMNO. Pemimpin PKR serba maksum... Israel pun israellah....HANCUS!!! BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, February 16, 2012

Strategi lapok pembangkang yg mereka fikir rakyat tak tahu

Strategi PKR untuk melemahkan (institusi kerajaan, mahkamah dan pilihanraya) untuk raih undi tak percaya kpd kerajaan. Termasuk bukan melayu.

Strategi PAS pula untuk membuktikan merekalah paling islam. Yang lain adalah kafir. PAS dan pembangkang maksum. Dijanjikan syurga.

Strategi DAP... lemahkan orang melayu melalui cara pecah belah sokongan peralatkan PAS dan PKR (pecah dan perintah).

Hakikatnya... DAP yang meraih semua keuntungan politik. PAS yakin bahawa jika tunduk kemahuan DAP sekarang akan memberikan mereka putrajaya pada PR 13. Selepas itu baru islamkan DAP. Tetapi yang jelasnya awal awal lagi DAP sangat berkuasa hinggakan hak orang islam dah mula terhakis. PRIORITI diberikan kpd apa jua kemahuan bukan islam. Begini nak islamkan DAP?. Sah DAP yg akan murtadkan PAS nanti selepas duduk putrajaya. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, February 15, 2012

Israel dan PKR. Kenyataan PAS

Tindakan PAS mengenai isu ini tepat sekali. Jika AI benar mengeluarkan kenyataan sokong Israel. Beliau perlu menarik balik kenyataan tersebut. Jika tidak laporan tersebut tidak benar. Beliau perlu membersihkan namanya dengan cara menyaman pihak yang mengeluarkan laporan.

ISRAEL MERAMPAS TANAH PALESTIN. PEMBUNUH KEJAM. TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN. Mana mungkin penyelesaian dua negara boleh menyelesaikan kejahatan tersebut. Kerana Israel bukan sebuah negara!!. Bagaimana AI boleh mengiktiraf kewujudan sebuah negara Israel?...itu tanah palestin!!.

PAS sudah mula memberi ujian kpd AI. Mereka mahu melihat "kemaksuman" AI terhadap Israel. Adakah benar AI bersih dari sokongan terhadap Negara Israel?. Tindakbalas AI mengenai hal ini sangat penting. Dari sudut dalam negara. Kalau dia berdiam diri, maksudnya dia takut tembelang pecah. Kalau dia Ambil tindakan menyaman, Memang ada kemungkinan dia tak bersalah. Kalau dia tarik balik kenyataan, mungkin juga dia tersilap dan terlepas cakap. Kedua tindakan yang dicadangkan oleh PAS SEMUANYA merugikan sokongan politik dari negara Israel. Kenapa masih tiada tindakan membersihkan nama?.

Jika benar PKR TIADA KAITAN DENGAN ISRAEL. Untuk apa takut menyaman pihak berkenaan?.

Atau memang ada bantuan kewangan dari YAHUDI PKR??.

Jika tiada sekarang adalah masa tepat untuk membuktikannya.

BERANIKAH??. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

ISU PASIR SELANGOR. MENGAPA MB TOLAK PENUBUHAN SURUHANJAYA DIRAJA?.

Jika tiada apa yang mahu diselindungkan. Terutama kaitan pasir dengan pembunuhan. Mengapa perlu takut?. Buatlah apa pun suruhanjaya sekiranya benar tidak bersalah , pasti boleh dibuktikan.

Bila kena batang hidung sendiri. Kemungkaran diri sendiri. TAKUT pula. MUNAFIK!!. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

KEJIAN DAN HINAAN TERHADAP DATUK HASSAN ALI

Waktu ini DDHA sedang memgadakan jelajah ceramah perjuangan beliau. Berbagai cercaan, hinaan, tuduhan dilemparkan kepada beliau. Termasuk nak jadi MB ( tiada bukti ) dan lain lain lagi.

Apa yang sebenarnya diperjuangkan oleh beliau?. Beliau hanya mahu mempertahankan agama islam. Akidah orang islam. Sebelum beliau dipecat, berbagai usaha beliau lakukan untuk melindungi orang islam. Anda boleh baca sendiri. Malangnya usaha beliau itu sentiasa di halang oleh partinya sendiri iaitu PAS. Dengan alasan untuk menjaga kepentingan parti dalam pakatan rakyat. Apabila beliau tetap dengan pendirian untuk mempertahankan Islam. PAS ambil keputusan memecat beliau.

DDHA tidak berputus asa. Perjuangan menegakkan agama Islam perlu diteruskan. Dengan sesi jelajah yang beliau lakukan. Berbagai pendedahan dilakukan untuk memberi penerangan tentang situasi agama islam ketika ini (terutama di negeri pemerintahan pembangkang). Seterusnya mendedahkan "dalang" yang beria-ia tunduk dan patuh pada bukan Islam (walaupun arahan itu hal-hal berkaitan orang islam).

Bertambah malang beliau tetap dicerca dan dihina oleh orang islam sendiri. Betapa rosaknya pemikiran penyokong pembangkang. Sampai hal-hal berkaitan perjuangan mempertahankan islam pun dicerca dan dihina begitu sekali. Perjuangan mempertahankan agama islam pasti diteruskan. Yang menghalang tak boleh lakukan apa-apa. Perjuangan di jalan Allah pasti hebat cabarannya. Walaupun dihalang oleh segelintir orang islam sendiri yang sudah buta kebenaran dan gila ke Putrajaya. Allah lebih mengetahui perjuangan DDHA. Tanda tanda kebenaran sudah kelihatan.

Teruskan DDHA... kejayaan kebenaran pasti akan menjelma. Insyaallah. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, February 14, 2012

Paku Dulang Paku Serpih Mengata orang dia yang lebih (Teruk!!)

Berbagai gelaran buruk dan keji diberikan kepada UMNO. Macam macam tuduhan hina dilemparkan kpd UMNO.

Tetapi hakikatnya yang bermoral rendah dan hina siapa?. Memusuhi pejuang islam yg menghalang arak, judi dan murtad siapa?. Yang mempertahankan Israel siapa?. Yang menyokong LGBT, perlekeh umat islam yg menyambut hari kelahiran nabi muhammad siapa?. Menghalalkan hari valentine dgn cara menjenamakan semula jadi hari suami isteri siapa?. macamlah tiada tarikh lain. Kenapa sama tarikh dgn perayaan orang kristian?.

Selama ini mereka menuduh UMNO dengan perkara yang sangat keji. Jika benar UMNO sebegitu Seharusnya pihak pembangkanglah yang menunjukkan contoh yang bersih. Tiada kekotoran dan maksum. Tetapi apa sudah jadi?.

Isu sampah pun tak dapat kendali dengan mudah. Isu pasir lagi teruk. Terdedah pula skandal pembunuhan kerana curi pasir.

Macam ni rupa barisan pembangkang yang nak menguruskan negara Malaysia?. Macam langit dengan bumi kalau dibandingkan dengan pemerintah skrg ni.....

Pembangkang tiada keupayaan duduk di putrajaya. Mereka hanya layak tinggal di negara Israel.... BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Agama Islam disesatkan demi undi?.

1. Hari Maulidur Rasul diperlekehkan. Katanya meniru budaya Kristian. Tarikh kelahiran Nabi Muhammad (SAW). Tiada kena mengena dgn hari keraian orang kristian. Mengingati Rasul dengan cara meraikan tarikh kelahirannya haram ker?.

2. Hari Valentine. Penjenamaan semula jadi hari suami isteri kononnya. Terang terang tarikh tersebut ada kena mengena dengan keraian hari kristian. Demi menghalalkan orang islam sambut hari tersebut, sanggup pula memutarbelit seperti syaitan supaya orang islam terpesong.

Nilai sendiri segala tindakan PAS. Adakah kerana perjuangan islam atau undi?. Sanggup menggadai kekuatan umat islam kerana politik. Mereka pemusnah agama yang sebenarnya. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday, February 12, 2012

Hari Kekasih bukti peranan DAP mencampuri hal ehwal orang islam.

Tembelang DAP dah pecah. Kantoi. Hari valentine untuk orang kristian. Tiada siapa halang mereka meraikannya. Orang Islam hormati dan tidak menghalang mereka menyambutnya.

Islam tidak boleh meraikan Valentine. Jelas. Untuk apa pula DAP bantah peraturan agama islam ini. Orang bukan Islam tidak berhak menentukan hukum dan apa yang di ajar dalam agama Islam. Kenapa DAP kurang ajar sangat!!.

Isu ini menunjukkan bahawa DAP MEMANG SENTIASA MENCAMPURI HAL EHWAL ORANG ISLAM. Apa niat mereka sebenarnya?. PAS pula selama ini cuma jadi pak sanggup dan balaci yang mengiyakan sahaja arahan DAP. Walaupun arahan DAP itu mengenai agama Islam. Walau pun PAS tidak mengaku, isu valentine menyerlahkan segalanya. DAP memang tok dalang waysng kulit. Yang jadi patungnya wayang kulit adalah PAS dan PKR.

HANCUR AGAMA ISLAM JIKA MEREKA MEMERINTAH MALAYSIA.

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, February 9, 2012

Senjata makan tuan

Sejak sekian lama parti pembangkang sentiasa menggunakan pendekatan menghasut dan menanam kebencian kepada kerajaan sedia ada. Terutama kepada pemimpin Islam daripada UMNO. Melalui serangan peribadi, tuduhan melulu, mencari kesalahan serta fitnah/pembohongan. Kebiasaannya tuduhan yang dilemparkan tidak bersama bukti yang kukuh. Sekadar andaian logik semata mata.

Apabila penyokong kerajaan mula mengumpul dan memaparkan bukti kukuh tentang penyelewengan pemimpin pihak pembangkang. Mereka mengatakan pula bahawa mereka yang difitnah. Selepas itu berbagai alasan dan alibi yang lemah pula untuk menghalalkan kelakuan pemimpin mereka yang lebih teruk moral sebenarnya. Walhal telah bertahun tahun mereka mengamalkan strategi tidak bermoral ini. Bila kena batang hidung sendiri dengan senjata yang sama mereka gunakan. Mengelupur macam ayam kena sembelih!.

Apabila cakap tak serupa bikin. Menuduh orang lain jahat tetapi diri sendiri lebih hina. Akhirnya rakyat tahu tembelang yang sebenar. Terserlah kehinaan diri sendiri. Ini dinamakan senjata makan tuan. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, February 1, 2012

SALAH PERCATURAN

Pas fikir dengan memecat seorang ahli dapat menyelesaikan masalah sokongan bukan melayu. Alih alih semua melayu tak sokong PAS. PADAN MUKA. Sepatutnya mempertahankan Islam. Undi bukan melayu punya pasal yang haram pun dah jadi halal. Sampai sanggup ke gerai khinzir. Gadai agama pun sanggup untuk undi. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop