Saturday, April 7, 2012

SAH PAKATAN PEMBANGKANG SEBENARNYA BALACI DAP DAN ISRAEL

Jika dibaca dimana- mana blog dan laman web suratkhabar pembangkang, daripada tulisan dan tindakan mereka dapat kita rumuskan bahawa,

1. Menyerang PERKASA habis-habisan (pejuang hak melayu yg sudah termaktub dalam perlembagaan).

2. Menyerang dengan menghina dan perlekeh AGAMA ISLAM terang-terangan. Melalui memurtadkan penganut agama islam terutama orang melayu. Memperlekehkan siapa sahaja yang menentang usaha memurtadkan ini. Siapa yang cuba menghalang usaha memurtadkan orang melayu akan dihina dikeji dicaci.

3. Menghasut orang melayu supaya menolak perlembagaan dan institusi raja.

4. Menanamkan semangat revolusi dan merasionalkan pemberontakan bersenjata dengan alasan kerajaan sedia ada amat zalim dan menindas (walhal sangat jelas bahawa sistem parti PR yang sebenarnya penuh dengan RASUAH, GANSTERISMA IDEOLOGI KOMUNIS. NEPOTISME), PARTI ANAK BERANAK, LIBERAL, PEJUANG SEKS BEBAS).

5. Mempertahankan pemimpin mereka yang amat bermoral jijik. Walaupun sudah jelas terbukti kejijikannya dan merupakan seorang penipu dan pemutarbelit terhebat.

Bagaimana orang melayu dalam PR ini tiba tiba boleh menyokong semua perkara di atas?. Mustahil bukan?.

Kerana mereka telah tertipu dengan agenda licik DAP dan ISRAEL yang ada dibelakang PEMIMPIN PKR.

Akhirnya orang melayu dalam PR hanya jadi BALACI semata-mata tanpa mengetahui perkara sebenarnya.

Friday, March 16, 2012

SYARAT DEBAT ANTARA DSNTR DAN DSAI

DSAI perlu lakukan perkara berikut.

1. Tunjukkan di mana jam Omega yang dikatakan ada.

2. Kecam, kutuk, hina ISRAEL.

3. Agung dan laungkan keselamatan Palestin.

Cukuplah syarat ni. DSAI tak mampu buat punya. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, March 12, 2012

Ini masa sesuai nak tahu siapa boneka dan balaci ISRAEL

Ketika ini parlimen baru sahaja dibuka utk bersidang.

Pada masa ini juga Israel sedang rakus dan kejam menyerang palestin.

Nak tahu siapa boneka Israel dan siapa bukan??.

Senang sahaja. Minta pemimpin pembangkang dan Kerajaan keji hina kutuk maki ISRAEL dalam PARLIMEN. Siapa yang takut kutuk Israel haaaa... Kita sudah jumpa siapa boneka dan balaci sebenarnya..... ADA BERANI???? BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Saturday, March 10, 2012

PEMBANGKANG TAK MUNGKIN BERANI KRITIK ISRAEL SECARA TERBUKA SEBAB DAH TERMAKAN BUDI DAN DANA

Sekian lama agensi penguatkuasaan dan keselamatan diserang dgn berbagai tuduhan. Rakyat juga dihasut supaya membenci semua agensi kerajaan yang dominan ( polis, tentera, kehakiman ). Sebenarnya ini merupakan salah satu strategi pembangkang untuk menjadikan negara kita kucar kacir, tidak stabil serta di lihat sebagai kerajaan sedia ada tidak mampu mentadbir.

Jika strategi ini berjaya (rakyat memberontak), AS akan mula masuk campur dalam urusan kerajaan melalui PBB dll seterusnya menyokong pemimpin baru (Boneka).

Sebenarnya strategi ini merupakan cara yg sama digunakan dalam mengubah mana- mana kerajaan yang tidak disukai oleh AS dan ISRAEL. Melalui boneka mereka dalam sesebuah negara. Termasuk Malaysia melalui pemimpin pembangkang.

Daripada kenyataan dan tingkahlaku pemimpin pembangkang yang CUKUP TAKUT MENGKRITIK ISRAEL SECARA TERBUKA (berbanding Tun Mahathir lakukan kritikan terbuka terhadap Israel secara konsisten sehingga kini). JELAS beliau (pemimpin pembangkang) adalah boneka yang dimaksudkan.

Ini bukan bertujuan menakut-nakutkan. INI ADALAH KENYATAAN DAN FAKTA. Pemimpin pembangkang Ada beranikah kritik ISRAEL secara terbuka??. Jangan haraplah wahai penyokong pembangkang yang bahlol kena tipu sampai sekarang. Dah jelas sangat korang semua mengikut bontot pemimpin boneka amerika@yahudi. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Saturday, February 25, 2012

TERUKNYA MORAL PEMIMPIN PEMBANGKANG

Pendedahan demi pendedahan telah dilakukan tentang betapa teruknya moral pemimpin pembangkang. Dari chinadoll, peliwat, khalwat dengan isteri orang dan penyokong israel.

Tak tahu nak kata apa dah. Memang tak layak mentadbir negara.

Berpuluh tahun menghentam kerajaan yang dikatakan penuh dengan salah laku. Akhir sekali bukti-bukti sahih menunjukkan pemimpin pembangkang yang sangat jijik salah lakunya. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, February 23, 2012

TAK MUNGKIN PKR (PEMIMPINNYA) MENOLAK DAN TIDAK MENGIKTIRAF ISRAEL SECARA TERBUKA

Jika PKR benar benar mempertahankan Rakyat Palestin. Pasti akan ada kenyataan terbuka yang menolak terus / tidak mengiktiraf Israel. Seterusnya disebarkan ke seluruh dunia. Seperti yang lazim dilakukan oleh PAS.

Sekurang-kurangnya sentiasa mengecam israel secara terbuka.

PKR TAK MUNGKIN AKAN BERANI MELAKUKAN DEMIKIAN. PERCAYALAH. Apa sebabnya?. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, February 22, 2012

Israel, penyangak dan hero

Negara Israel ni macam orang yang rampas rumah orang lain. Lepas tu belasah ahli keluarga rumah tu. Kurung mereka dalam bilik. Catu makanan minuman, perubatan dan pakaian. Bila tuan rumah cuba selamatkan diri. Penyangak ni belasah tuan rumah dan kata dia mengancam keselamatan. Jiran jiran, polis pun dilarang selamatkan.

Bayangkan ... Tiba tiba ada satu hero datang untuk selamatkan dan kata ... rumah ni boleh jadi hak penyangak dengan syarat jangan belasah tuan rumah, tuan rumah tak boleh melawan atau belasah penyangak balik (keselamatan penyangak) dan lepaskan mereka. Hero buat press conference ... sokong usaha jamin keselamatan penyangak dan kata dah tolong tuan rumah.

Apala punya hero macam ni.... tak best langsung... rumah tetap kena rampas!!!!...rupanya penyangak dah kowtim awal awal dgn hero. Ada bahagian katanya... Hehehe BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, February 20, 2012

Strategi terakhir PAKATAN.

Selama ini PAKATAN menggunakan pendekatan MENGHASUT rakyat untuk membenci BN terutama UMNO. Kemuncaknya apabila mereka memenangi beberapa negeri. Strategi ini terus digunakan dengan rakusnya.

Tetapi senario semasa memperlihatkan tembelang PAKATAN yang sebenar. Dapat bantuan dari ISRAEL secara langsung. Cuba melemahkan dan pecahbelah melayu supaya DAP (cina) boleh berkuasa. Pada satu tahap cuba melemahkan agama islam pula melalui berbagai pendekatan halus.

Taktik kotor ini sudah dihidu oleh orang melayu. Kini sudah ada kebangkitan. Kesedaran untuk pertahankan agama islam semakin memuncak. Orang melayu pasti akan bersatu padu di bawah BN. Senario yang amat sangat ditakuti oleh PAKATAN.

Atas faktor ini Mereka tahu mereka pasti kalah pd PRU 13 nanti. Jalan terakhir mereka ketika ini hanyalah dengan menyerang SPR habis habisan. Kononnya SPR menipu undi. Supaya keputusan pilihanraya yang tidak memihak kpd mereka boleh dipertikaikan. Walhal segala undang-undang dan peraturan telah dipatuhi oleh SPR. Betapa jahatnya strategi PAKATAN ini. Lebih kepada kemusnahan negara. Sedaya upaya cuba dapatkan CAMPURTANGAN negara asing.

PAKATAN adalah PETUALANG NEGARA DAN PENYOKONG ISRAEL YANG SEBENARNYA. TOLAK MEREKA!!! BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Cara halus memperlekehkan Bahasa Melayu dan Agama Islam

Strategi bukan islam untuk melemahkan islam termasuk orang melayu dilakukan dengan cara yang amat halus sekali.

Berhati hati bila berdebat dgn bukan islam. Pertama mereka akan guna bahasa inggeris. Kerana mereka memang benci bahasa melayu dan mereka tahu orang melayu ramai yg lemah bahasa inggeris.

Kedua mereka akan guna pendekatan kasih sayang. Kononnya mereka sayangkan orang melayu dan mahu orang melayu berfikiran terbuka dan boleh "ubah" agama islam. Ulama islam juga dikritik kononnnya ramai yang tak betul (tidak guna hukum logik). Oleh itu mereka akan tanam perasaan prasangka terhadap ulama supaya pandangan mereka boleh kita terima.

Ketiga berbagai pendekatan logik akal digunakan untuk menghasut fikiran orang islam supaya menilai kembali agama islam. Jika ada satu hujah yg kita bersetuju... mereka akan gunakan hujah tersebut untuk memesongkan kita.

Keempat mereka akan cuba membuktikan "pluralisme agama". Semua agama sama sahaja katanya. Islam tiada beza dengan agama lain. Semua agama berasal dari satu. Akidah orang islam akan cuba dipesongkan.

Mengapa pendekatan halus pula dipilih??..kerana mereka tahu sudah ramai orang melayu yg terpelajar dan jika mereka dapat memenangi sesuatu perdebatan dengan orang melayu ini, jalan telah dibuka lebih luas untuk jarum hasutan dimasukkan. Jika boleh sehingga hilang akidah.

Akhir sekali senjata perkauman. Mereka juga sangat benci sekiranya orang islam berbincang untuk memperbaiki amalan islam. Jika ada orang islam berbincang tentang agama islam. Mereka akan tuduh kumpulan itu sebagai perkauman. Contoh PERKASA. Hal agama islam dan melayu pun perlu rujuk "kelulusan mereka". Jika tak mahu dilabel sbg rasis katanya. Bila mereka berbincang agama mereka. Orang islam layak lihat sahaja. Tidak boleh masuk campur.

Jelas sekali orang bukan islam tidak boleh menerajui negara. Jadi PM. Alamat hancur agama islam dikerjakannya. Sekarang pun sudah tahu belangnya.

Orang melayu islam perlu bersatu. PAS sepatutnya keluar dari pakatan. Sebaiknya menyertai UMNO sahaja. Dengan itu sahaja agama islam dapat dibela. Bukan seperti sekarang. Bukan islam sangat berani memperspalkan islam, masuk campur hal ehwal islam dan cuba memurtadkan orang islam dengan berbagai cara.

Jika PAS tak mahu bersatu. Pastikan orang melayu bersatu. Bila UMNO kukuh orang melayu kuat dan agama islam teguh. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, February 17, 2012

Selamat tinggal putrajaya!!!...

Nampaknya isu israel ini pasti akan menyebabkan kapal PKR terus karam dan tenggelam (hilang undi melayu). Membawa dan menarik bersama kapal PAS dan DAP (PAKATAN). Tenggelam ke dasar lautan politik Malaysia. Tak sempat sampai ke putrajaya.

Sendiri cari penyakit ikut bontot PKR. Akhirnya PAS pun turut lingkup bersamanya.

DAP tak takut. Sokongan bangsa cina pasti ada. Cuma impian ke putrajaya turut berkubur bersama PAKATAN.

Jika tiada wakil bangsa cina dalam kerajaan yang memerintah. Kerajaan akan di wakili dengan wakil rakyat majoriti melayu dan india. Kepentingan kaum cina pasti terabai dalam tak sedar. Kerana tiada wakil cina yang akan bersuara dalam kabinet dan menteri. Samgatlah ruginya.... BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Hubungan dengan Israel?

Kerajaan BN juga di tuduh ada hubungan dengan israel. Bila diteliti hubungan tersebut dilakukan oleh syarikat antarabangsa yang juga berdagang dengan malaysia. Pembangkang tiada modalkah?.

Berbanding dengan PKR. MENGAKU DENGAN TERUS TERANG MENYOKONG WUJUDNYA NEGARA ISRAEL SERTA MAHU MEMPERTAHANKANNYA. kenyataan tentang palestin memang ada. Tetapi sebagai alasan untuk menyokong israel sahaja.

Israel merampas tanah palestin. Menindas mereka rakyat palestin dengan sangat kejam. Mana mungkin kita boleh iktiraf kewujudan negara israel (seperti PKR). Mereka itu PENCURI DAN PEROMPAK TANAH PALESTIN. Negara israel negara haram!!.

Mengapa PKR tetap dengan pendirian menyokong keselamatan negara israel??..

Pasti ada udang di sebalik batu.... Pemimpin PKR tahu sebabnya...cuma ahli PKR diperingkat bawahan sahaja yang dibutakan dengan keindahan putrajaya. Tak tahu apa-apa. Fikiran telah diracuni denfan kebencian terhadap UMNO. Pemimpin PKR serba maksum... Israel pun israellah....HANCUS!!! BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, February 16, 2012

Strategi lapok pembangkang yg mereka fikir rakyat tak tahu

Strategi PKR untuk melemahkan (institusi kerajaan, mahkamah dan pilihanraya) untuk raih undi tak percaya kpd kerajaan. Termasuk bukan melayu.

Strategi PAS pula untuk membuktikan merekalah paling islam. Yang lain adalah kafir. PAS dan pembangkang maksum. Dijanjikan syurga.

Strategi DAP... lemahkan orang melayu melalui cara pecah belah sokongan peralatkan PAS dan PKR (pecah dan perintah).

Hakikatnya... DAP yang meraih semua keuntungan politik. PAS yakin bahawa jika tunduk kemahuan DAP sekarang akan memberikan mereka putrajaya pada PR 13. Selepas itu baru islamkan DAP. Tetapi yang jelasnya awal awal lagi DAP sangat berkuasa hinggakan hak orang islam dah mula terhakis. PRIORITI diberikan kpd apa jua kemahuan bukan islam. Begini nak islamkan DAP?. Sah DAP yg akan murtadkan PAS nanti selepas duduk putrajaya. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, February 15, 2012

Israel dan PKR. Kenyataan PAS

Tindakan PAS mengenai isu ini tepat sekali. Jika AI benar mengeluarkan kenyataan sokong Israel. Beliau perlu menarik balik kenyataan tersebut. Jika tidak laporan tersebut tidak benar. Beliau perlu membersihkan namanya dengan cara menyaman pihak yang mengeluarkan laporan.

ISRAEL MERAMPAS TANAH PALESTIN. PEMBUNUH KEJAM. TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN. Mana mungkin penyelesaian dua negara boleh menyelesaikan kejahatan tersebut. Kerana Israel bukan sebuah negara!!. Bagaimana AI boleh mengiktiraf kewujudan sebuah negara Israel?...itu tanah palestin!!.

PAS sudah mula memberi ujian kpd AI. Mereka mahu melihat "kemaksuman" AI terhadap Israel. Adakah benar AI bersih dari sokongan terhadap Negara Israel?. Tindakbalas AI mengenai hal ini sangat penting. Dari sudut dalam negara. Kalau dia berdiam diri, maksudnya dia takut tembelang pecah. Kalau dia Ambil tindakan menyaman, Memang ada kemungkinan dia tak bersalah. Kalau dia tarik balik kenyataan, mungkin juga dia tersilap dan terlepas cakap. Kedua tindakan yang dicadangkan oleh PAS SEMUANYA merugikan sokongan politik dari negara Israel. Kenapa masih tiada tindakan membersihkan nama?.

Jika benar PKR TIADA KAITAN DENGAN ISRAEL. Untuk apa takut menyaman pihak berkenaan?.

Atau memang ada bantuan kewangan dari YAHUDI PKR??.

Jika tiada sekarang adalah masa tepat untuk membuktikannya.

BERANIKAH??. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

ISU PASIR SELANGOR. MENGAPA MB TOLAK PENUBUHAN SURUHANJAYA DIRAJA?.

Jika tiada apa yang mahu diselindungkan. Terutama kaitan pasir dengan pembunuhan. Mengapa perlu takut?. Buatlah apa pun suruhanjaya sekiranya benar tidak bersalah , pasti boleh dibuktikan.

Bila kena batang hidung sendiri. Kemungkaran diri sendiri. TAKUT pula. MUNAFIK!!. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

KEJIAN DAN HINAAN TERHADAP DATUK HASSAN ALI

Waktu ini DDHA sedang memgadakan jelajah ceramah perjuangan beliau. Berbagai cercaan, hinaan, tuduhan dilemparkan kepada beliau. Termasuk nak jadi MB ( tiada bukti ) dan lain lain lagi.

Apa yang sebenarnya diperjuangkan oleh beliau?. Beliau hanya mahu mempertahankan agama islam. Akidah orang islam. Sebelum beliau dipecat, berbagai usaha beliau lakukan untuk melindungi orang islam. Anda boleh baca sendiri. Malangnya usaha beliau itu sentiasa di halang oleh partinya sendiri iaitu PAS. Dengan alasan untuk menjaga kepentingan parti dalam pakatan rakyat. Apabila beliau tetap dengan pendirian untuk mempertahankan Islam. PAS ambil keputusan memecat beliau.

DDHA tidak berputus asa. Perjuangan menegakkan agama Islam perlu diteruskan. Dengan sesi jelajah yang beliau lakukan. Berbagai pendedahan dilakukan untuk memberi penerangan tentang situasi agama islam ketika ini (terutama di negeri pemerintahan pembangkang). Seterusnya mendedahkan "dalang" yang beria-ia tunduk dan patuh pada bukan Islam (walaupun arahan itu hal-hal berkaitan orang islam).

Bertambah malang beliau tetap dicerca dan dihina oleh orang islam sendiri. Betapa rosaknya pemikiran penyokong pembangkang. Sampai hal-hal berkaitan perjuangan mempertahankan islam pun dicerca dan dihina begitu sekali. Perjuangan mempertahankan agama islam pasti diteruskan. Yang menghalang tak boleh lakukan apa-apa. Perjuangan di jalan Allah pasti hebat cabarannya. Walaupun dihalang oleh segelintir orang islam sendiri yang sudah buta kebenaran dan gila ke Putrajaya. Allah lebih mengetahui perjuangan DDHA. Tanda tanda kebenaran sudah kelihatan.

Teruskan DDHA... kejayaan kebenaran pasti akan menjelma. Insyaallah. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, February 14, 2012

Paku Dulang Paku Serpih Mengata orang dia yang lebih (Teruk!!)

Berbagai gelaran buruk dan keji diberikan kepada UMNO. Macam macam tuduhan hina dilemparkan kpd UMNO.

Tetapi hakikatnya yang bermoral rendah dan hina siapa?. Memusuhi pejuang islam yg menghalang arak, judi dan murtad siapa?. Yang mempertahankan Israel siapa?. Yang menyokong LGBT, perlekeh umat islam yg menyambut hari kelahiran nabi muhammad siapa?. Menghalalkan hari valentine dgn cara menjenamakan semula jadi hari suami isteri siapa?. macamlah tiada tarikh lain. Kenapa sama tarikh dgn perayaan orang kristian?.

Selama ini mereka menuduh UMNO dengan perkara yang sangat keji. Jika benar UMNO sebegitu Seharusnya pihak pembangkanglah yang menunjukkan contoh yang bersih. Tiada kekotoran dan maksum. Tetapi apa sudah jadi?.

Isu sampah pun tak dapat kendali dengan mudah. Isu pasir lagi teruk. Terdedah pula skandal pembunuhan kerana curi pasir.

Macam ni rupa barisan pembangkang yang nak menguruskan negara Malaysia?. Macam langit dengan bumi kalau dibandingkan dengan pemerintah skrg ni.....

Pembangkang tiada keupayaan duduk di putrajaya. Mereka hanya layak tinggal di negara Israel.... BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Agama Islam disesatkan demi undi?.

1. Hari Maulidur Rasul diperlekehkan. Katanya meniru budaya Kristian. Tarikh kelahiran Nabi Muhammad (SAW). Tiada kena mengena dgn hari keraian orang kristian. Mengingati Rasul dengan cara meraikan tarikh kelahirannya haram ker?.

2. Hari Valentine. Penjenamaan semula jadi hari suami isteri kononnya. Terang terang tarikh tersebut ada kena mengena dengan keraian hari kristian. Demi menghalalkan orang islam sambut hari tersebut, sanggup pula memutarbelit seperti syaitan supaya orang islam terpesong.

Nilai sendiri segala tindakan PAS. Adakah kerana perjuangan islam atau undi?. Sanggup menggadai kekuatan umat islam kerana politik. Mereka pemusnah agama yang sebenarnya. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday, February 12, 2012

Hari Kekasih bukti peranan DAP mencampuri hal ehwal orang islam.

Tembelang DAP dah pecah. Kantoi. Hari valentine untuk orang kristian. Tiada siapa halang mereka meraikannya. Orang Islam hormati dan tidak menghalang mereka menyambutnya.

Islam tidak boleh meraikan Valentine. Jelas. Untuk apa pula DAP bantah peraturan agama islam ini. Orang bukan Islam tidak berhak menentukan hukum dan apa yang di ajar dalam agama Islam. Kenapa DAP kurang ajar sangat!!.

Isu ini menunjukkan bahawa DAP MEMANG SENTIASA MENCAMPURI HAL EHWAL ORANG ISLAM. Apa niat mereka sebenarnya?. PAS pula selama ini cuma jadi pak sanggup dan balaci yang mengiyakan sahaja arahan DAP. Walaupun arahan DAP itu mengenai agama Islam. Walau pun PAS tidak mengaku, isu valentine menyerlahkan segalanya. DAP memang tok dalang waysng kulit. Yang jadi patungnya wayang kulit adalah PAS dan PKR.

HANCUR AGAMA ISLAM JIKA MEREKA MEMERINTAH MALAYSIA.

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, February 9, 2012

Senjata makan tuan

Sejak sekian lama parti pembangkang sentiasa menggunakan pendekatan menghasut dan menanam kebencian kepada kerajaan sedia ada. Terutama kepada pemimpin Islam daripada UMNO. Melalui serangan peribadi, tuduhan melulu, mencari kesalahan serta fitnah/pembohongan. Kebiasaannya tuduhan yang dilemparkan tidak bersama bukti yang kukuh. Sekadar andaian logik semata mata.

Apabila penyokong kerajaan mula mengumpul dan memaparkan bukti kukuh tentang penyelewengan pemimpin pihak pembangkang. Mereka mengatakan pula bahawa mereka yang difitnah. Selepas itu berbagai alasan dan alibi yang lemah pula untuk menghalalkan kelakuan pemimpin mereka yang lebih teruk moral sebenarnya. Walhal telah bertahun tahun mereka mengamalkan strategi tidak bermoral ini. Bila kena batang hidung sendiri dengan senjata yang sama mereka gunakan. Mengelupur macam ayam kena sembelih!.

Apabila cakap tak serupa bikin. Menuduh orang lain jahat tetapi diri sendiri lebih hina. Akhirnya rakyat tahu tembelang yang sebenar. Terserlah kehinaan diri sendiri. Ini dinamakan senjata makan tuan. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, February 1, 2012

SALAH PERCATURAN

Pas fikir dengan memecat seorang ahli dapat menyelesaikan masalah sokongan bukan melayu. Alih alih semua melayu tak sokong PAS. PADAN MUKA. Sepatutnya mempertahankan Islam. Undi bukan melayu punya pasal yang haram pun dah jadi halal. Sampai sanggup ke gerai khinzir. Gadai agama pun sanggup untuk undi. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Sunday, January 29, 2012

DEBAT PERDANA MENTERI

Ketika artikel ini ditulis, YAB PM sedang di cabar untuk berdebat. Kemudian beliau tidak langsung memberi ulasan atau tindakbalas. Lanjutan sikap berdiam diri itu pula, yg mengajak debat mengatakan bhw YAB PM takut kononnya.

Teruskan sahaja bekerja wahai YAB PM seperti sedia ada. Jangan di layan orang yang GILA KUASA. Sudah banyak kesan positif yang rakyat terima dari hasil usaha keras YAB. Berbanding dengan Pembangkang. Bising menyalak mengutuk sahaja yang mereka tahu. BEKERJA MENCARI IDEA TIADA. MEMBANGUNKAN NEGERI YANG MEREKA TADBIR pun TUNGGANG LANGGANG. Isu SAMPAH pun tak tahu nak selesaikan. PERJUANGAN MENEGAKKAN AKIDAH ISLAM PULA DIHALANG OLEH PARTI YANG MENGAKU ISLAM.

Pembangkang sudah TIADA MODAL DAN IDEA KEMAJUAN. Cakap sahaja pandai. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, January 25, 2012

Salah Satu Cara kukuhkan sokongan rakyat pada kerajaan. SINGKIRKAN KAKI MENGAMPU YANG TIADA SUMBANGAN

Jika dilihat inisiatif DS PM ketika ini adalah untuk meningkatkan produktiviti negara. Objektif ini mahu dicapai melalui berbagai cara termasuk mendidik masyarakat supaya menerapkan amalan inovatif.

Persoalannya adakah semua ini mampu dicapai sekiranya yang memegang jawatan utama (Menteri dan ketua jabatan kerajaan) terdiri daripada kaki ampu dan bodek semata-mata. Tanpa mengambil kira kepakaran dan "track record" seseorang individu tersebut yang relevan dengan jawatan yang dipegang. Tidak perlu menyebut nama individu tertentu. Perkara ini sudah dikira lazim dalam negara kita. Bukan semua tetapi yang sedikit inilah yang menjadi barah merosakkan keseluruhan institusi sebenarnya.

Sudah berapa banyak wang negara yang telah dibazirkan hanya kerana sesebuah institusi itu telah ditadbir secara semborono oleh individu yang tidak sesuai ditempatnya?.

Individu pengampu yang memegang jawatan utama kerajaan ini jugalah yang secara halus dan politik kotor telah "membunuh" kerjaya pesaingnya yang lebih berpengetahuan dengan cara halus. Akhirnya negara kerugian pula tenaga mahir yang pada satu tahap menyembunyikan kepakaran mereka kerana takut "dibunuh" kerjaya mereka sekali lagi. Senario ini lazim dilihat.

Atas senario beginilah ramai tenaga mahir dan pakar serta kreatif dalam bidang tertentu lebih suka berkhidmat di luar negara yang lebih menghargai kebolehan mereka. Termasuk memperolehi pendapatan yang berlipat ganda lumayannya.

Impian YAB PM untuk menambaik perkhidmatan kerajaan sangat mulia dan berobjektif. Cuma persoalannya adakah ia dapat dicapai dengan cepat kerana ketika ini bukan sedikit kaki pengampu yang tiada kebolehan relevan memegang tampuk utama sektor kerajaan.

Satu ujian mudah. Berapa keratkah pemegang tampuk utama sektor awam Gred 48 (pengarah) ke atas yang mampu menulis (artikel, buku, blog) dalam bidang ruang tugas mereka (tanpa mengarahkan orang bawahan melakukan untuk mereka) Atau lebih mudah lagi menulis kertas kerja sendiri yang mempunyai "direction" jelas? Nama pun pengarah. Jika YB PM mengarahkan satu ujian khas dilakukan agak-agak berapa orangkah yang lulus?. PTD yang di puncak singgahsana pun belum tentu boleh menulis berkenaan perkara yang relevan dengan tugas semasa.

Jika trend menaikkan pangkat kaki pengampu diteruskan, 1.4 bilion penjawat awam digunakan pun belum tentu mampu membawa Malaysia menjadi negara maju.

Jika individu tepat menerajui sektor awam. Objektif betul dapat dicapai ( bukan dengan cara menipu data). Kos yang digunakan adalah yang paling minima dengan produktiviti berkualiti dan berkuantiti tinggi mampu diperolehi.

Mudah-mudahan YAB PM dapat mulakan budaya campak jauh-jauh kaki pengampu yang tiada kebolehan ke tempat sewajarnya. Kemudian meletakkan orang yang sewajarnya di tempat yang tepat. Selepas itu orang bawahan pasti akan mula ikut budaya ini. Institusi kerajaan berjaya. Parti yang memegang tampuk kuasa terus berjaya. Negara maju rakyat sentosa. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, January 23, 2012

PKR DAP PAS Tiada kredibiliti mentadbir negara

Cuba kita lihat dan kaji isu yang dibangkitkan oleh pembangkang selama ini. Tidak terlihat langsung kepada kita idea-idea baru yang lebih baik untuk rakyat jelata. Mereka lebih banyak dan hanya gemar mencari isu sensasi semata-mata. Mungkin ada sebahagiannya benar. SEBAHAGIAN BESAR pula hanya fitnah dan tuduhan tanpa bukti sahaja.

Kalau idea yang diutarakan pula bukannya lebih baik. Malahan boleh menjadikan negara Malaysia kucar-kacir. Contohnya fahaman plurisme, meritokrasi tak bertempat, sistem republik?, menghilangkan hak istimewa orang melayu dan banyak lagi.

Walaupun mereka TIDAK MENYATAKAN dengan secara terbuka tetapi daripada tindakan dan kenyataan mereka selama ini menunjukkan niat mereka yang sebenarnya. Jelas sekali mereka cuba BERSELINDUNG dengan berbagai alasan tetapi hakikat sebenarnya agak mudah di baca.

Yang mereka mahukan sebenarnya hanya untuk keuntungan pihak tertentu semata-mata bukannya rakyat keseluruhannya. Pembangkang TIADA KREDIBILITI untuk mentadbir negara. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Saturday, January 21, 2012

Kebenaran, Pembohongan dan Fitnah

Zaman ini semua menuduh satu sama lain bohong fitnah dan sebagainya. Bagaimana kita nak tahu kebenaran sesuatu kenyataan atau tuduhan?. Kata-kata shj tak boleh dipercayai kerana manusia boleh menipu (walau pun imejnya alim). Bukti pula boleh direka-reka. Sebenarnya tanda-tanda kebenaran itu ada. Seseorang boleh menafikan atau sembunyikan sesuatu. Tetapi tanda-tanda melalui tingkah laku dan tindakannya kita boleh tahu apakah sebenarnya sikap seseorang itu. Bukan prasangka, tetapi ada masanya sesuatu tuduhan itu mungkin juga benar. Kita nilai dan fikir sendiri!!. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Siapa nak mengaku buat perkara jahat?

Sejahat mana seorang manusia pun tak akan mengaku kejahatan sendiri. Jika ada yg nak mengaku buat salah hanya 1 dalam sejuta shj. Tambahan pula jenis tg pandai manipulasi dapatkan sokongan. Ada ilmu pidato pula. Mmg boleh sembunyikan kejahatan sendirilah. Yang terpengaruh dgn kata katanya sahaja yg sanggup jadi kaldai. Anda bagaimana?. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Bukti Penipuan PAS @ pembangkang

Memang puak pembangkang cakap tak serupa bikin. Menuduh kerajaan macam-macam. Tetapi sendiri pun hancus pentadbirannya. Bagaimana mahu memerintah negara?...

Contoh penipuan...
www.hhalem.blogspot.com/2012/01/koleksi-auta-dan-penipuan-pas-selama.html BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Undang-undang liwat lapuk?

Jika undang-undang liwat boleh disalahgunakan. Undang-undang lain pun sama juga. Adakah semua undang undang perlu dimansuhkan?.

Rakyat perlu fikir dgn bijak menilai. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop