Wednesday, February 15, 2012

KEJIAN DAN HINAAN TERHADAP DATUK HASSAN ALI

Waktu ini DDHA sedang memgadakan jelajah ceramah perjuangan beliau. Berbagai cercaan, hinaan, tuduhan dilemparkan kepada beliau. Termasuk nak jadi MB ( tiada bukti ) dan lain lain lagi.

Apa yang sebenarnya diperjuangkan oleh beliau?. Beliau hanya mahu mempertahankan agama islam. Akidah orang islam. Sebelum beliau dipecat, berbagai usaha beliau lakukan untuk melindungi orang islam. Anda boleh baca sendiri. Malangnya usaha beliau itu sentiasa di halang oleh partinya sendiri iaitu PAS. Dengan alasan untuk menjaga kepentingan parti dalam pakatan rakyat. Apabila beliau tetap dengan pendirian untuk mempertahankan Islam. PAS ambil keputusan memecat beliau.

DDHA tidak berputus asa. Perjuangan menegakkan agama Islam perlu diteruskan. Dengan sesi jelajah yang beliau lakukan. Berbagai pendedahan dilakukan untuk memberi penerangan tentang situasi agama islam ketika ini (terutama di negeri pemerintahan pembangkang). Seterusnya mendedahkan "dalang" yang beria-ia tunduk dan patuh pada bukan Islam (walaupun arahan itu hal-hal berkaitan orang islam).

Bertambah malang beliau tetap dicerca dan dihina oleh orang islam sendiri. Betapa rosaknya pemikiran penyokong pembangkang. Sampai hal-hal berkaitan perjuangan mempertahankan islam pun dicerca dan dihina begitu sekali. Perjuangan mempertahankan agama islam pasti diteruskan. Yang menghalang tak boleh lakukan apa-apa. Perjuangan di jalan Allah pasti hebat cabarannya. Walaupun dihalang oleh segelintir orang islam sendiri yang sudah buta kebenaran dan gila ke Putrajaya. Allah lebih mengetahui perjuangan DDHA. Tanda tanda kebenaran sudah kelihatan.

Teruskan DDHA... kejayaan kebenaran pasti akan menjelma. Insyaallah. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments:

Post a Comment