Monday, February 20, 2012

Cara halus memperlekehkan Bahasa Melayu dan Agama Islam

Strategi bukan islam untuk melemahkan islam termasuk orang melayu dilakukan dengan cara yang amat halus sekali.

Berhati hati bila berdebat dgn bukan islam. Pertama mereka akan guna bahasa inggeris. Kerana mereka memang benci bahasa melayu dan mereka tahu orang melayu ramai yg lemah bahasa inggeris.

Kedua mereka akan guna pendekatan kasih sayang. Kononnya mereka sayangkan orang melayu dan mahu orang melayu berfikiran terbuka dan boleh "ubah" agama islam. Ulama islam juga dikritik kononnnya ramai yang tak betul (tidak guna hukum logik). Oleh itu mereka akan tanam perasaan prasangka terhadap ulama supaya pandangan mereka boleh kita terima.

Ketiga berbagai pendekatan logik akal digunakan untuk menghasut fikiran orang islam supaya menilai kembali agama islam. Jika ada satu hujah yg kita bersetuju... mereka akan gunakan hujah tersebut untuk memesongkan kita.

Keempat mereka akan cuba membuktikan "pluralisme agama". Semua agama sama sahaja katanya. Islam tiada beza dengan agama lain. Semua agama berasal dari satu. Akidah orang islam akan cuba dipesongkan.

Mengapa pendekatan halus pula dipilih??..kerana mereka tahu sudah ramai orang melayu yg terpelajar dan jika mereka dapat memenangi sesuatu perdebatan dengan orang melayu ini, jalan telah dibuka lebih luas untuk jarum hasutan dimasukkan. Jika boleh sehingga hilang akidah.

Akhir sekali senjata perkauman. Mereka juga sangat benci sekiranya orang islam berbincang untuk memperbaiki amalan islam. Jika ada orang islam berbincang tentang agama islam. Mereka akan tuduh kumpulan itu sebagai perkauman. Contoh PERKASA. Hal agama islam dan melayu pun perlu rujuk "kelulusan mereka". Jika tak mahu dilabel sbg rasis katanya. Bila mereka berbincang agama mereka. Orang islam layak lihat sahaja. Tidak boleh masuk campur.

Jelas sekali orang bukan islam tidak boleh menerajui negara. Jadi PM. Alamat hancur agama islam dikerjakannya. Sekarang pun sudah tahu belangnya.

Orang melayu islam perlu bersatu. PAS sepatutnya keluar dari pakatan. Sebaiknya menyertai UMNO sahaja. Dengan itu sahaja agama islam dapat dibela. Bukan seperti sekarang. Bukan islam sangat berani memperspalkan islam, masuk campur hal ehwal islam dan cuba memurtadkan orang islam dengan berbagai cara.

Jika PAS tak mahu bersatu. Pastikan orang melayu bersatu. Bila UMNO kukuh orang melayu kuat dan agama islam teguh. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments:

Post a Comment